LDP SK KANDIS

CAKNA. CERIA. CEMERLANG

PENGGUNAAN MS P.POINT DALAN P&P (FASA 2)

Tarikh : 4 Julai 2009
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang.
Tempat : Makmal Komputer SK Kandis.

Semua guru SK Kandis telah mendapat pendedahan tentang MS P.Point pada sesi LDP yang lalu. Bagi LDP fasa kedua ini penceramah jemputan adalah En Saiful Marsidi b Sidek, guru ICT dari SK Tangok, Bachok. Beliau telah menerangkan bagaimana mengedit movie untuk digunakan sewaktu p&p dijalankan. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang dikongsi oleh beliau. Diharapkan semua guru dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan minat murid di dalam matapelajaran yang diajar.






Tajuk : Headcount dan Pengurusan Panitia (Pengurusan Fail PLBS)
Tarikh : 1 Jun 2009 (Isnin)
Tempat : Makmal Komputer SK Kandis.
Sasaran : Semua guru SK Kandis
Assalamualaikum.

Kursus Pengurusan Panitia (Fail PLBS) telah disampaikan oleh Pn Che Siti bt Muda, Pen. Kanan Pentadbiran SK Kandis. Beliau telah menghadiri taklimat berkenaan Pengurusan Fail PLBS di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.
Beliau telah menerangkan secara terperinci garis panduan dalam melaksanakan PLBS dan borang-borang yang perlu diisi. Semua guru perlu mengetahui bagaimana PLBS ini dijalankan.


Ceramah berkenaan HEADCOUNT pula telah disampaikan oleh En Mohd Hasany b Hashim, Ketua Pen Pengarah -B.Melayu, JPN Kelantan. Beliau telah mengupas secara mendalam berkenaan Headcount dan memberi garis panduan bagaimana ia dijalankan. En Mohd Hasany juga telah memberi tips-tips bagi melaksanakan P&P berkesan setelah postmortem mengenai kelemahan murid dikenalpasti.





Tajuk : Penggunaan MS Word dan MS Excel di dalam P&P.

Tarikh : 23 Mei 2009
Tempat: Makmal Komputer SK Kandis.

Assalamualaikum.

Rasional kursus ini diadakan bagi menambahkan pengetahuan semua guru SK Kandis di dalam penggunaan program MS Word dan MS Excel. Ramai guru masih belum menguasai kedua-dua program ini pada tahap yang baik dan sebahagiannya sudah menguasai dengan baik jadi pendedahan ini diharapkan dapat merapatkan jurang antara dua kelompok ini. Ia juga diharapkan agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada guru-guru lain bagi menyiapkan sesuatu tugasan.
Program MS Word telah dikendalikan oleh En Saupi b Ali. Beliau telah mengajar semua guru bagaimana menggunakan Mail Merge bagi memudahkan guru untuk menyediakan sijil-sijil. Didapati masih ramai guru yang belum menguasai Mail Merge. Walaubagaimana pun, pujian harus diberikan kepada guru yang telah berjaya mencipta sijil dibawah bimbingan beliau.


Bagi slot kedua, semua guru telah diajar bagaimana MS Excel digunakan dalam menyediakan markah di dalam peperiksaan. En Othman b Dollah bertindak sebagai fasilitator dan beliau merupakan seorang guru yang mahir dan telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang ICT. Di dapati masih ramai guru yang kabur tentang MS Excel dan ia merupakan program yang menarik.





Kursus tersebut telah diadakan pada 18 April 2009, bertempat di Makmal Komputer SK Kandis. Ia bertujuan memperkenalkan Edu Web TV kepada semua guru agar dapat mempelbagaikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran dan diaplikasikan di dalam p&p.

Semua peserta kursus telah mendapat pendedahan mengenai Edu Web TV dan diharapkan ia dapat membantu menarik minat dan tunmpuan pelajar di dalam proses p&p.







Kursus Motivasi Kerja dan Pengurusan Panitia

Tarikh : 25 Okt.2009
Tempat : Makmal Komputer SK Kandis.

Dalam melaksanakan tugas seharian, guru-guru menghadapi pelbagai
tekanan yang boleh menyebabkan guru-guru kurang bermotivasi dalam
menjalankan tugas seharian.Kursus Motivasi Kerja diharap dapat meningkatkan semula komitmen yang tinggi di kalangan guru selaras dengan tugas dan tanggungjawab mereka untuk
melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan. Kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pn Hjh Zainun bt Mat, Pegawai Khas (Kaunselor) dari PPD Bachok.

Disamping itu juga SK Kandis telah mengadakan kursus Pengurusan Panitia dimana Panitia merupakan satu organisasi yang melaksanakan program-program
untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Oleh itu, setiap guru perlu
memahami tentang cara-cara pengurusan panitia. Penceramah jemputan adalah En Mohd Faizul b Yusoff, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah (Sains Sosial). Beliau telah memberi garis panduan dalam menyediakan fail panitia yang lengkap.









Pada 15 Nov. 2008, bertempat di Makmal Komputer SK Kandis telah diadakan kursus penyediaan ABM melalui program Ms Power Point dan Pengurusan Panitia. Rasional diadakan kursus ini adalah untuk meningkatkan penyampaian guru dalam P&P bagi melahirkan generasi berilmu, berwawasan dan berketrampilan. Ia juga diharapkan dapat menarik dan mengekalkan minat murid semasa proses p&p dijalankan.




Kursus ini telah dikendalikan oleh En Mohd Zamani b Yusof dan En Othman b Dollah. Kumpulan sasar adalah terdiri dari semua guru SK Kandis. Kursus ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru SK Kandis dalam ICT semasa melakukan proses P&P




Kursus ini telah diadakan pada 12 Julai 2008 dirasmikan oleh Pn Hjh Fuziah bt Othman (Guru Besar SK Kandis).Ia diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua guru betapa pentingnya penguasaan ICT bagi mereka. Di samping itu juga diharap dapat memberi galakan kepada semua guru menggunakan ICT di dalam proses P&P bagi menarik minat murid.
Kursus ini disasarkan kepada semua guru SK Kandis.




About this blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru SK Kandis yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan kursus LDP pada tahun 2009 ini. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjalankan kursus sebanyak 5 kali pada tahun ini. Diharapkan agar semua guru dapat memberi cadangan dan pandangan kursus-kursus yang diperlukan dalam memantapkan lagi profesionalisme kita. Akhir kata kejayaan melaksanakan kursus ini adalah kejayaan kita semua. Sekian, terima kasih.

Penyelaras LDP SK Kandis