LDP SK KANDIS

CAKNA. CERIA. CEMERLANG



Tajuk : Headcount dan Pengurusan Panitia (Pengurusan Fail PLBS)
Tarikh : 1 Jun 2009 (Isnin)
Tempat : Makmal Komputer SK Kandis.
Sasaran : Semua guru SK Kandis
Assalamualaikum.

Kursus Pengurusan Panitia (Fail PLBS) telah disampaikan oleh Pn Che Siti bt Muda, Pen. Kanan Pentadbiran SK Kandis. Beliau telah menghadiri taklimat berkenaan Pengurusan Fail PLBS di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.
Beliau telah menerangkan secara terperinci garis panduan dalam melaksanakan PLBS dan borang-borang yang perlu diisi. Semua guru perlu mengetahui bagaimana PLBS ini dijalankan.


Ceramah berkenaan HEADCOUNT pula telah disampaikan oleh En Mohd Hasany b Hashim, Ketua Pen Pengarah -B.Melayu, JPN Kelantan. Beliau telah mengupas secara mendalam berkenaan Headcount dan memberi garis panduan bagaimana ia dijalankan. En Mohd Hasany juga telah memberi tips-tips bagi melaksanakan P&P berkesan setelah postmortem mengenai kelemahan murid dikenalpasti.





0 comments:

About this blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru SK Kandis yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan kursus LDP pada tahun 2009 ini. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjalankan kursus sebanyak 5 kali pada tahun ini. Diharapkan agar semua guru dapat memberi cadangan dan pandangan kursus-kursus yang diperlukan dalam memantapkan lagi profesionalisme kita. Akhir kata kejayaan melaksanakan kursus ini adalah kejayaan kita semua. Sekian, terima kasih.

Penyelaras LDP SK Kandis