LDP SK KANDIS

CAKNA. CERIA. CEMERLANG

Kursus Motivasi Kerja dan Pengurusan Panitia

Tarikh : 25 Okt.2009
Tempat : Makmal Komputer SK Kandis.

Dalam melaksanakan tugas seharian, guru-guru menghadapi pelbagai
tekanan yang boleh menyebabkan guru-guru kurang bermotivasi dalam
menjalankan tugas seharian.Kursus Motivasi Kerja diharap dapat meningkatkan semula komitmen yang tinggi di kalangan guru selaras dengan tugas dan tanggungjawab mereka untuk
melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan. Kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pn Hjh Zainun bt Mat, Pegawai Khas (Kaunselor) dari PPD Bachok.

Disamping itu juga SK Kandis telah mengadakan kursus Pengurusan Panitia dimana Panitia merupakan satu organisasi yang melaksanakan program-program
untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Oleh itu, setiap guru perlu
memahami tentang cara-cara pengurusan panitia. Penceramah jemputan adalah En Mohd Faizul b Yusoff, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah (Sains Sosial). Beliau telah memberi garis panduan dalam menyediakan fail panitia yang lengkap.









Pada 15 Nov. 2008, bertempat di Makmal Komputer SK Kandis telah diadakan kursus penyediaan ABM melalui program Ms Power Point dan Pengurusan Panitia. Rasional diadakan kursus ini adalah untuk meningkatkan penyampaian guru dalam P&P bagi melahirkan generasi berilmu, berwawasan dan berketrampilan. Ia juga diharapkan dapat menarik dan mengekalkan minat murid semasa proses p&p dijalankan.




Kursus ini telah dikendalikan oleh En Mohd Zamani b Yusof dan En Othman b Dollah. Kumpulan sasar adalah terdiri dari semua guru SK Kandis. Kursus ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru SK Kandis dalam ICT semasa melakukan proses P&P




Kursus ini telah diadakan pada 12 Julai 2008 dirasmikan oleh Pn Hjh Fuziah bt Othman (Guru Besar SK Kandis).Ia diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua guru betapa pentingnya penguasaan ICT bagi mereka. Di samping itu juga diharap dapat memberi galakan kepada semua guru menggunakan ICT di dalam proses P&P bagi menarik minat murid.
Kursus ini disasarkan kepada semua guru SK Kandis.




About this blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru SK Kandis yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan kursus LDP pada tahun 2009 ini. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjalankan kursus sebanyak 5 kali pada tahun ini. Diharapkan agar semua guru dapat memberi cadangan dan pandangan kursus-kursus yang diperlukan dalam memantapkan lagi profesionalisme kita. Akhir kata kejayaan melaksanakan kursus ini adalah kejayaan kita semua. Sekian, terima kasih.

Penyelaras LDP SK Kandis